Vientiane - Jambatan Persahabatan Laos-Thailand kelima yang merentasi Sungai Mekong, dirasmikan semalam, 26 Disember.
Perasmian itu menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh ketersambungan pengangkutan serta menggalakkan perdagangan di subwilayah Mekong, khususnya antara Vietnam, Laos dan Thailand.
Majlis perasmian berkenaan dihadiri Presiden Laos Thongloun Sisoulith bersama isteri, serta Raja Thailand Maha Vajiralongkorn Phra Vajiraklaochaoyuhua dan Ratu, selain pemimpin kanan Laos dan Thailand.
Jambatan berkenaan membantu menghubungkan Laos dengan rantau ini melalui Koridor Ekonomi Timur-Barat.
Ia sekali gus memudahkan pergerakan pengangkutan, perdagangan dan pelancongan serta membawa manfaat nyata kepada kedua-dua negara.
Jambatan sepanjang 1,350 meter itu secara ketara memendekkan jarak perjalanan dari Buengkan di timur laut Thailand, melalui Bolikhamxay di tengah Laos, ke pintu sempadan Cau Treo di wilayah Ha Tinh, Vietnam, kepada hanya kira-kira 200 kilometer berbanding lebih 350 kilometer sebelum ini.
Pencapaian itu secara tidak langsung mewujudkan laluan paling singkat dan mudah bagi pengangkutan barangan dari Thailand ke Vietnam.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back