Kuala Lumpur – Sarawak antara lima negeri mendominasi eksport Malaysia, menyumbang 85.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pada November 2025.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), negeri-negeri lain termasuk Pulau Pinang, Johor, Selangor, dan Kuala Lumpur.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, eksport bernilai RM135 bilion pada November 2025, meningkat sebanyak RM8.9 bilion atau 7.0 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.
Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan sebanyak 39.2 peratus, diikuti Johor (21.1 peratus), Selangor (15.2 peratus), Sarawak (6.7 peratus) dan Kuala Lumpur (3.3 peratus).
Beliau berkata peningkatan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di Pulau Pinang (+RM6.9 bilion), Johor (+RM5.2 bilion), Perak (+RM699.1 juta), Sabah (+RM36.3 juta) dan Negeri Sembilan (+RM17.7 juta).
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back