• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 December 2025 | 10:08 AM

Kepengerusian ASEAN 2026, Filipina Sedia Mencorakkan Masa Depan Pelancongan ASEAN

Manila - Filipina sedia membantu mencorakkan masa depan pelancongan di rantau ini menjelang Kepengerusian ASEAN 2026.

Jabatan Pelancongan (DOT) Filipina dalam kenyataan pada Hari Krismas, menyambut kedatangan tahun baharu dengan penuh optimisme, walaupun industri berkenaan berdepan pelbagai cabaran sepanjang 2025.

Melangkah ke hadapan, Filipina bersiap sedia menjadi tuan rumah Forum Global Pelancongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Gastronomi serta Forum Pelancongan ASEAN 2026 di Cebu.

Ia sekali gus mengukuhkan kepimpinan dan daya tahan negara itu, dalam mencorakkan masa depan pelancongan di rantau ini.

DOT akan menjadi tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2026 di Cebu dari 26 hingga 29 Januari depan, serentak dengan Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN.

Antara dokumen hasil utama yang dijangka dibentangkan pada mesyuarat peringkat tinggi itu ialah Pelan Tindakan Strategik Pelancongan ASEAN, yang Filipina bertindak sebagai negara penyelaras.

DOT berkata Filipina akan terus memperkukuh kerjasama serta usaha promosi bagi memacu industri pelancongan, yang kekal sebagai pemacu utama ekonomi negara itu.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok