Jeddah – Statistik rasmi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melaporkan lebih 11.9 juta jemaah dari dalam dan luar negara menunaikan umrah sepanjang bulan Jamadilakhir (bulan keenam dalam kalendar Islam).
Angka memberangsangkan itu mencerminkan peningkatan momentum pelaksanaan ibadah umrah serta menonjolkan kecekapan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan bagi melayani para jemaah.
Data tersebut turut menunjukkan lebih 1.7 juta jemaah umrah tiba dari luar Arab Saudi sepanjang bulan berkenaan.
Ia sekali gus menyerlahkan impak positif platform digital canggih dan perkhidmatan logistik bersepadu yang mempermudah prosedur ketibaan serta membolehkan jemaah melaksanakan ibadah dengan mudah, selesa dan tenang.
Dalam pada itu, peningkatan berterusan dalam pelaksanaan ibadah umrah itu mencerminkan komitmen Arab Saudi dalam memantapkan ekosistem haji, umrah dan ziarah, selaras dengan matlamat Visi Saudi 2030.
Melalui inovasi dan penjagaan berterusan, Arab Saudi menjadikan akses ke dua Masjid Suci lebih mudah sambil menyediakan pengalaman kerohanian menyeluruh yang mengutamakan keselesaan dan keselamatan jemaah umrah pada setiap peringkat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back