• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 December 2025 | 08:45 AM

Ketegangan Kemboja–Thailand, Rakyat Malaysia Di Kemboja Digesa Berwaspada

Phnom Penh - Rakyat Malaysia yang menghadapi kesukaran untuk berpindah dari kawasan terjejas akibat konflik Kemboja-Thailand, dinasihatkan supaya menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di ibu negara ini untuk mendapatkan bantuan.

 

Menurut kedutaan dalam satu pemakluman pada Rabu di laman Facebook rasminya, rakyat Malaysia boleh menghantar e-mel ke mwphnompenh@kln.gov.my atau menghubungi talian hotline 24 jam di +855 15 216 176 atau melayari laman sesawang https://www.kln.gov.my/web/khm_phnom-penh/home.

Mereka juga dinasihatkan untuk mengelak sebarang perjalanan ke Wilayah Preah Vihear, Oddar Meanchey, Banteay Meanchey, Battambang, Koh Kong dan Pursat.

Ia berikutan ketegangan yang masih berlaku antara Kemboja dan Thailand.

Semua warganegara Malaysia juga dinasihatkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada sumber berita yang sahih, dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan serta agensi Kerajaan Kemboja.

 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok