Kuala Lumpur – Beberapa kenderaan terjejas selepas mengisi minyak di Stesen Petronas Samarahan Expressway di Kota Samarahan, pada rabu.
Perkara itu disahkan oleh Petronas Dagangan Bhd (PDB) dalam satu kenyataan semalam.
Syarikat itu berkata, stesen tersebut bagaimanapun ditutup sementara bagi siasatan lanjut, dan operasi bersambung semula pada hari yang sama.
PDB juga bertindak dengan menghubungi para pelanggan yang terjejas, dan mengambil langkah-langkah perlu bagi menyelesaikan perkara ini dengan segera.
Pihaknya memandang serius perkara berkenaan serta menzahirkan permohonan maaf kepada semua pelanggan terhadap sebarang kesulitan yang timbul.
Untuk bantuan segera, sila hubungi Mesralink di talian 1-300-88-8181.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back