Kuala Lumpur - Kerajaan MADANI terus komited memacu kesejahteraan rakyat Sarawak melalui pelaburan strategik, pembangunan ekonomi inklusif serta pewujudan peluang pekerjaan baharu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen penuh turut diberikan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selain pengurusan sumber minyak dan gas yang adil, bagi memastikan manfaat ekonomi dapat disalurkan secara langsung kepada rakyat.
Beliau menerusi hantaran di Facebook rasminya semalam berkata, setiap inisiatif dirancang dan dilaksanakan, untuk membina Sarawak yang lebih maju, mampan dan sejahtera, demi manfaat hari ini dan untuk generasi akan datang.
Menurut beliau, antara kejayaan Kerajaan MADANI untuk Sarawak tahun ini ialah pembangunan strategik, pelaburan berkualiti dan peluang pekerjaan baharu bagi memacu masa depan Sarawak sebagai kuasa ekonomi Malaysia.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back