Kuala Lumpur - Seramai 8,006 sukarelawan dilantik bagi membantu pengendalian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia merupakan jumlah tertinggi sejak inisiatif itu diperkenalkan pada tahun 2023.
Katanya, jumlah keseluruhan sukarelawan yang telah berkhidmat sepanjang tiga tahun pelaksanaan inisiatif itu kini mencecah 20,997 orang.
Tambah beliau, pelaksanaannya bagi meringankan beban tugas guru selain memastikan golongan pendidik dapat memberi sepenuh tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran, di samping kesejahteraan mereka terpelihara.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back