• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 December 2025 | 03:54 PM

Persaingan Sihat Kunci Kekuatan KCFC, Tidak Bergantung Kepada Status Individu Semata-Mata

Kuala Lumpur – Persaingan sihat dalam pasukan menjadi antara kunci kekuatan Kuching City FC (KCFC), apabila setiap pemain dituntut sentiasa bersedia dan tidak bergantung kepada status pemain utama semata-mata.

Ketua jurulatih KCFC, Aidil Shahrin Sahak berkata, pendekatan itu penting bagi membentuk sebuah pasukan yang seimbang dan mampu mengekalkan konsistensi sepanjang saingan Liga Super.

Menurut beliau, komitmen tinggi yang ditunjukkan barisan pemain jelas membantu pasukan kekal berdaya saing.

Ia termasuk dari aspek pertahanan apabila KCFC tidak mudah dibolosi dan tidak mudah mengalah dalam perlawanan.

Walaupun mengakui ada pemain yang kelihatan sedikit keletihan dalam beberapa aksi kebelakangan ini, Aidil menegaskan situasi tersebut adalah perkara biasa dalam jadual perlawanan yang padat.

Katanya, yang penting, mereka terus mencuba yang terbaik dan menunjukkan disiplin tinggi di atas padang.

Tambah beliau, usaha memperkukuhkan pasukan akan terus dipergiatkan bagi memastikan pasukan memiliki kedalaman mencukupi serta tidak bergantung kepada satu atau dua pemain sahaja.

Beliau turut menyifatkan perkembangan itu sebagai suatu yang positif, apabila pemain saling mencabar antara satu sama lain, sekali gus meningkatkan tahap persaingan dalaman pasukan.

Sehubungan itu, Aidil berharap lebih ramai pemain akan tampil menyerlah dan merebut peluang untuk membuktikan kemampuan masing-masing pada masa akan datang.

Katanya, KCFC jelas dengan sasaran yang ditetapkan dan akan terus memperbaiki kelemahan berdasarkan analisis serta bekerja keras untuk mengekalkan prestasi konsisten.

Ia bukan sesuatu yang mudah, namun saya berharap pasukan mampu mengekalkan momentum dan konsistensi dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC, malam semalam.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok