• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 December 2025 | 12:13 PM

Bufet Ramadan 2026 di Raia Hotel Kuching Bakal Tawarkan Pengalaman Iftar Seantero

Kuching – Raia Hotel Kuching kini di fasa akhir persiapan bufet Ramadan 2026, yang menjanjikan pengalaman iftar lebih meriah dan pelbagai.

Pengurus Besar Hotel dan Pusat Konvensyen Raia Kuching, Nassarudin Naina Mohamed berkata, bufet Ramadan tahun depan bakal mengetengahkan tema Ramadan 2026 Iftar Seantero.

Menurut beliau, bufet berkenaan akan menampilkan sekitar 110 pilihan juadah daripada pelbagai negara, termasuk hidangan antarabangsa, Timur Tengah, oriental, Indonesia, Malaysia, dan Sarawak.

Bufet kali ini juga bakal memperkenalkan lebih banyak menu baharu yang dijangka memikat para pengunjung.

Tambah beliau, harga pakej bufet tersebut akan diumumkan pada 14 Januari 2026 kelak.

Dalam pada itu, beliau mengakui terdapat cabaran berikutan persaingan dengan premis lain yang turut menganjurkan bufet Ramadan.

Namun, beliau yakin dengan fasiliti lengkap di Raia Hotel, termasuk surau, tempat letak kereta, harga berpatutan, dan pakej penginapan sepanjang Ramadan, hotel ini mampu menarik perhatian orang ramai untuk merasai pengalaman Ramadan yang unik di sini.

Beliau berkata demikian semasa ditemui wartawan Bilik Berita CATS pada sambutan bufet makan malam Christmas Eve di Raia Hotel Kuching, malam tadi.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok