• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 December 2025 | 11:38 AM

3 Ladang Ternakan Terjejas Dalam Wabak Selesema Burung Terbaharu di Korea Selatan

Seoul – Korea Selatan melaporkan tiga kes baharu selesema burung berpatogen tinggi di ladang ternakan pada Rabu.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes bagi musim ini adalah sebanyak 21.

Kes-kes baharu tersebut dikesan di sebuah ladang ayam di Anseong, selatan Seoul dan 2 buah ladang itik masing-masing di daerah Gochang dan bandar Naju, di barat daya negara.

Menurut Ibu Pejabat Pengurusan Bencana Pusat, pihak berkuasa telah menyekat kemasukan ke ladang-ladang berkenaan serta memulakan proses pelupusan ternakan dan siasatan terhadap wabak itu.

Arahan juga dikeluarkan untuk menghentikan sementara operasi ladang dan kenderaan pertanian di kawasan terjejas.

Pemeriksaan tambahan akan dijalankan di ladang itik yang berkaitan dengan dua ladang itik terjejas, serta semua ladang itik di Wilayah Jeolla Utara, lokasi Gochang.

Pegawai kementerian pertanian turut dihantar ke Anseong dan bandar Cheonan, yang dikenal pasti mempunyai risiko tinggi bagi kes baharu.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok