KABONG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Dato Mohd Chee Kadir, menyerahkan sumbangan RM10,000 kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Gerigat.
Katanya, sumbangan itu diharapkan dapat membantu memperkasa peranan PNK Gerigat khususnya dalam menjaga kebajikan para nelayan serta merancakkan aktiviti yang menjana ekonomi komuniti setempat.
Beliau berkata demikian semasa menyerahkan sumbangan itu di Kampung Gerigat hari ini.
Dato Mohd Chee Kadir turut meninjau Projek Benteng Air Pasang bernilai RM2 juta di kampung itu yang bertujuan mengurangkan hakisan pantai dan banjir air pasang.
Beliau berharap semua projek disiapkan mengikut jadual dan spesifikasi demi manfaat jangka panjang penduduk.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back