LIMBANG - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang di rumah setinggan berhampiran Klinik Kesihatan Mendamit diteruskan hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Ganda Sandin, 56 tahun.
Menurut laporan polis, mangsa dipercayai keluar dari rumah sejak Ahad, 21 Disember lalu dan gagal pulang sehingga kini.
Pelbagai usaha pencarian telah dijalankan namun mangsa masih belum ditemui setakat ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back