BINTULU - Lapan individu termasuk empat kanak-kanak terkandas di sebuah rumah setinggan di Seberkas, Kidurong selepas kediaman mereka dinaiki air akibat banjir malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.32 malam.
Pasukan bomba yang tiba di lokasi segera menjalankan operasi menyelamat dengan mengeluarkan kesemua mangsa menggunakan bot aluminium sebelum membawa mereka ke tempat selamat.
Kesemua mangsa kemudiannya berpindah ke rumah saudara-mara sementara menunggu keadaan banjir surut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back