Kuala Lumpur - Penilaian prestasi dalam perkhidmatan awam perlu dilaksanakan secara adil, berintegriti dan menyeluruh, terutama apabila membabitkan pegawai berpengalaman yang telah lama berkhidmat.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Dr Adnan Mat, menyambut baik usaha penambahbaikan sistem perkhidmatan awam yang menekanan prestasi sebagai elemen utama penilaian.
Bagaimanapun, sumbangan pegawai lama tidak wajar dinilai semata-mata berdasarkan hasil kerja semasa.
Beliau berkata, pegawai berpengalaman merupakan aset penting kepada perkhidmatan awam.
Hal ini kerana, sumbangan mereka yang merangkumi pengalaman, kepakaran, komitmen, kestabilan organisasi serta peranan, penting dalam membimbing pegawai baharu.
Semua aspek tersebut wajar diambil kira secara seimbang dalam proses penilaian prestasi agar ia benar-benar mencerminkan sumbangan sebenar seseorang pegawai kepada organisasi dan perkhidmatan awam.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back