• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

23 December 2025 | 07:08 PM

Program Mall Berjenama TikTok Shop Sasar 1,000 Sesi All-Star LIVE Tahun Depan, Perkasa PMKS Tempatan

Kuala Lumpur – Platform e-dagang terkemuka Malaysia, TikTok Shop, akan mengajurkan lebih 1,000 sesi All-Star LIVE yang dijadualkan berlangsung di seluruh negara sepanjang tahun 2026.

Ia bagi mempergiat sokongan kepada jenama tempatan dan antarabangsa yang menyertai program Mall berjenama tulen.

Pengarah Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz berkata, inisiatif itu merangkumi sesi siaran langsung premium bagi pembelian di TikTok Shop dengan kerjasama selebriti terkenal serta pencipta kandungan afiliasi terbaik.

Menurut beliau, ia bertujuan menyokong perniagaan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan, selain meningkatkan keterlihatan jenama melalui capaian kepada jutaan pelanggan di seluruh negara.

Sehubungan itu, TikTok Shop Malaysia berharap lebih banyak PMKS tempatan dapat berkembang dan muncul sebagai jenama terkenal menerusi pengalaman shoppertainment yang ditawarkan.

Untuk rekod, sepanjang pelaksanaan program sama pada tahun 2025, TikTok Shop telah menganjurkan lebih 100 sesi All-Star LIVE di Malaysia.

Ia sekali gus mencatatkan peningkatan jualan purata melebihi 160 peratus berbanding hari biasa.

Secara keseluruhan, jualan jenama yang menyertai program Mall mencatatkan pertumbuhan 2.3 kali lebih pantas berbanding penjual lain di pasaran dalam talian.

Pencapaian tersebut membuktikan keberkesanan pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan dalam membantu jenama mengembangkan perniagaan mereka.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok