• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 December 2025 | 11:41 PM

Ops Tapis Narkotik: 90 Ditahan, Syabu Seberat 23 Gram Dirampas di Sibu

Sibu - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu berjaya menahan 90 individu dan merampas dadah disyaki syabu seberat 23.25 gram bernilai lebih RM2,300 dalam Ops Tapis Narkotik yang dijalankan dari 1 Disember hingga semalam (21 Disember).

Ketua IPD Sibu, ACP Zulkifli Suhaili, berkata daripada jumlah tangkapan itu, 88 adalah lelaki manakala dua lagi wanita.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, antara mereka, dua ditahan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, 16 di bawah Seksyen 12(3) dan 72 di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Katanya, sepanjang operasi, 18 individu telah didakwa di mahkamah, termasuk dua di bawah Seksyen 39A(1) dan 16 di bawah Seksyen 12(3) ADB 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara, sebatan, dan denda jika sabit kesalahan.

ACP Zulkifli menegaskan pihak polis, terutamanya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, akan terus mempergiatkan penguatkuasaan untuk membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah Sibu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian hotline JSJN di 012-208 7222 atau 017-592 9211.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok