Petaling Jaya - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan membuat laporan polis berhubung isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Menurut Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, keputusan itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif hari ini, selaras dengan cadangan Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) untuk membolehkan pihak berkuasa menyiasat asal usul dokumen dan mengenal pasti pihak bertanggungjawab.
Selain itu katanya, FAM turut disarankan menjalankan prosiding tatatertib dalaman dan memperkukuh struktur tadbir urus untuk memulihkan kredibiliti badan induk bola sepak negara.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back