Kuching - Semua 17 acara Sukan SEA 2027 di Sarawak akan diadakan di bandar raya Kuching, menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA 2027 bagi memastikan logistik, penginapan, fasiliti sukan bertaraf antarabangsa dan ketersambungan dapat dipenuhi.
Sarawak akan menjadi kluster utama bagi Sukan SEA yang dianjurkan di Malaysia dari 18 hingga 29 September 2027, termasuk lokasi upacara pembukaan dan 17 sukan seperti akuatik, bola keranjang, boling, gimnastik, e-sukan, golf, memanah, menembak, wushu dan lain-lain.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back