Kuala Lumpur - Persatuan Bank-Bank Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan Islam menggesa pelanggan mengemas kini pelayar web dan sistem pengendalian mudah alih mereka kepada versi terkini bagi melindungi akaun daripada ancaman siber dan malware.
Kedua-dua persatuan itu dalam satu kenyataan bersama menyatakan bahawa peranti yang menggunakan versi lama yang tidak disokong lebih terdedah dan mungkin tidak menerima kemas kini keselamatan penting daripada pembangun seperti Apple, Google dan Mozilla.
Sebagai langkah tambahan, bank boleh memperkenalkan pengesahan tambahan, had transaksi atau sekatan tertentu untuk meningkatkan keselamatan pelanggan, manakala pengguna digalakkan memuat turun aplikasi hanya daripada gedung rasmi dan menaik taraf peranti lama.
Industri perbankan kekal komited menyediakan perkhidmatan lebih selamat sambil menawarkan beberapa pakej diskaun bagi pelanggan yang layak menaik taraf peranti.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back