• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 December 2025 | 03:43 PM

Peralihan Operasi MASwings kepada AirBorneo Berkuat Kuasa 1 Januari 2026

Kuala Lumpur - AirBorneo akan mengambil alih sepenuhnya operasi MASwings mulai 1 Januari 2026, susulan pemindahan pemilikan yang dimeterai antara Malaysia Aviation Group (MAG) dan kerajaan Sarawak pada Februari 2025.

MAG dalam kenyataannya hari ini berkata, pengambilalihan itu merangkumi semua operasi penerbangan, perkhidmatan pelanggan, dan pengurusan berkaitan penumpang, walaupun penjenamaan MASwings mungkin masih kelihatan sementara sehingga identiti korporat AirBorneo diperkenalkan.

MAG menzahirkan penghargaan atas kerjasama penumpang dan rakan niaga, manakala pelanggan boleh menghubungi pusat panggilan AirBorneo untuk sebarang pertanyaan bermula 1 Januari 2026.

MASwings, yang beroperasi sejak 2007, telah mengendalikan lebih 430,000 penerbangan dan membawa lebih 19 juta penumpang, sambil menyumbang lebih 300 peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok