Debak - Pemilik surat kelahiran lewat daftar berwarna merah disarankan menyemak kandungan dokumen mereka bagi memastikan maklumat penting, khususnya berkaitan bangsa, dinyatakan dengan jelas.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, menekankan dokumen pengenalan diri yang lengkap dan tepat amat penting untuk tujuan pengesahan identiti oleh pihak berkuasa.
Beliau menasihatkan pemilik dokumen hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengemaskini maklumat bangsa, di mana JPN akan menyediakan salinan baharu yang lengkap, bagi mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan.
Datuk Amar Douglas berkata demikian kepada pemberita semasa program Pemimpin Bersama Rakyat dan Kaunter Perkhidmatan Bergerak DUN Bukit Saban yang berlangsung di Rumah Panjang Rayong, Nanga Lop, Rimbas, di sini, pada Sabtu 20 Disember lalu .
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back