Jakarta - Sekurang-kurangnya 15 maut manakala 19 cedera dalam kemalangan sebuah bas penumpang awal pagi Isnin di persimpangan susur keluar lebuh raya Krapyak, Semarang, Jawa Tengah, Indonesia.
Pihak berkuasa berkata bas dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan, melanggar penghadang jalan dan terbalik, menyukarkan operasi menyelamat.
Anggota Pasukan SAR Semarang terpaksa memasuki bas untuk mengeluarkan mangsa, yang kemudiannya dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.
Sumber: BERNAMA-XINHUA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back