London - United Kingdom (UK) mengecam kelulusan Israel terhadap 19 penempatan haram baharu di Tebing Barat, sambil menegaskan ia haram di sisi undang-undang antarabangsa.
Menteri UK bagi Asia Barat dan Afrika Utara, Hamish Falconer, berkata langkah itu berisiko menjejaskan pelan keamanan dan prospek penyelesaian dua negara di Palestin.
Kelulusan terbaru itu menjadikan jumlah penempatan baharu sejak beberapa tahun kebelakangan meningkat kepada 69, sementara statistik Palestin menunjukkan lebih 1,100 rakyat Palestin terbunuh, hampir 11,000 cedera dan kira-kira 21,000 ditahan sejak Oktober 2023.
Sumber: BERNAMA-ANADOLU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back