Kuala Lumpur - Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan luruan monsun berlaku dari 25 hingga 29 Disember, berpotensi membawa hujan berterusan di timur Semenanjung.
Sehubungan itu Ketua Pengarah Dr Mohd Hisham Mohd Anip turut menasihatkan orang ramai agar bersiap sedia dengan kemungkinan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.
Dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebook MetMalaysia hari ini, beliau menggalakkan orang awam sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia, media sosial, dan aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini dan sahih.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back