Kuala Lumpur - Penyanyi rap, Namewee, atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur daripada pertuduhan memberikan dadah ke dalam badannya.
Keputusan itu dibuat Majistret S. Arunjothy selepas Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan laporan patologi menunjukkan keputusan negatif, sekali gus mendorong pihak pendakwaan menarik semula pertuduhan.
Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan RM2,000 dikembalikan kepada Namewee.
Bagaimanapun, beliau masih berdepan satu lagi pertuduhan berasingan berkaitan pemilikan dadah jenis disyaki ekstasi di sebuah hotel di Jalan Conlay, dengan hukuman penjara serta sebatan jika sabit kesalahan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back