Kuala Lumpur - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan wujudnya titah adendum yang membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan bahawa titah tersebut tidak pernah dibincang atau dipersetujui dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 29 Januari 2024 dan tidak mematuhi Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, sekali gus dianggap tidak sah.
Dengan keputusan ini, Najib perlu terus menjalani baki hukuman di Penjara Kajang.
Permohonan Najib untuk memaksa pihak berkuasa mengesahkan dan mendedahkan dokumen itu turut ditolak tanpa sebarang perintah kos.
Sebelum ini kes berkenaan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back