KUCHING – Seorang lelaki tempatan ditahan polis berhubung kes mendatangkan cedera menggunakan helmet di hadapan Bangunan LHDN, Jalan Bukit Mata, kira-kira jam 10.50 pagi pada Jumaat, 19 Disember lalu.
Mangsa, seorang wanita tempatan berusia 42 tahun, cedera akibat tindakan agresif suspek semasa pertengkaran mulut dan menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Polis menasihatkan orang awam agar tidak bertindak ganas dan menyerahkan perkara kepada pihak berkuasa.
Sumber: Polis Daerah Kuching
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back