• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 December 2025 | 02:11 PM

Pencahayaan Jalur Gemilang Serikan Bandaraya Kuching, Sambut Sukan SEA Malaysia 2027

Kuching – Beberapa bangunan ikonik di sekitar bandaraya Kuching ‘bercahaya’ malam tadi, selepas Malaysia menerima bendera Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) semasa Majlis Penutupan Sukan SEA Thailand 2025.

Acara tersebut diadakan serentak di empat negeri yang bakal menjadi tuan rumah bersama penganjuran temasya sukan dwitahuan Asia Tenggara itu pada 2027 nanti.

Pencahayaan berwarna Jalur Gemilang itu dipancarkan dari Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Jambatan Satok, Jambatan Darul Hana serta beberapa bangunan ikonik lain di sekitar bandaraya ini.

DBKU menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan, pencahayaan tersebut akan berlangsung selama seminggu, sehingga minggu sambutan Tahun Baharu 2026.

Ia melambangkan kesinambungan sokongan padu rakyat terhadap penganjuran Sukan SEA 2027.

Dalam hantaran sama, Datuk Bandar DBKU, Dato Hilmy Othman berkata, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen serta kesediaan Kuching selaku tuan rumah bersama Sukan SEA Malaysia 2027.

Selain itu, katanya, usaha tersebut juga menzahirkan kebanggaan warga bandaraya terhadap penganjuran temasya sukan berprestij di peringkat serantau itu.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok