Tokyo - Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda luar pesisir Wilayah Aomori, utara Jepun, pada pagi Ahad, lapor Xinhua memetik Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Gegaran berlaku pada jam 10.29 pagi waktu tempatan di kedalaman 50 kilometer, dengan pusat gempa pada latitud 40.7 darjah utara dan longitud 142.3 darjah timur.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian ini.
JMA menegaskan walaupun amaran risiko gempa kuat yang dikeluarkan selepas gempa 7.5 pada 8 Dis telah ditarik balik, orang ramai digesa terus berwaspada terhadap kemungkinan gegaran susulan.
Sumber: BERNAMA-XINHUA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back