Gaza/Istanbul - Pertahanan Awam Gaza memaklumkan 94 mayat rakyat Palestin ditemui tertimbus di bawah runtuhan bangunan di tengah bandaraya Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Mayat-mayat tersebut dipindahkan ke jabatan forensik di Kompleks Perubatan Al-Shifa sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Syuhada, Deir al-Balah.
Ribuan lagi rakyat Palestin dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah sejak perang Israel ke atas Gaza bermula Oktober 2023.
Pertahanan Awam dengan kerjasama kementerian kesihatan dan hal ehwal agama, turut berjaya memindahkan ribuan mayat yang dikebumikan di lokasi rawak ke tanah perkuburan rasmi.
Sejak Oktober 2023, serangan Israel di Gaza telah mengorbankan hampir 70,700 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 171,100 individu, sebelum gencatan senjata dikuatkuasakan pada 10 Oktober.
Sumber: BERNAMA-ANADOLU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back