• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 December 2025 | 01:04 PM

8,789 Belia Terpedaya, Kerugian Penipuan Telekomunikasi Cecah RM715 Juta

Kuala Lumpur – Golongan belia berusia antara 21 hingga 30 tahun merekodkan jumlah mangsa tertinggi bagi jenayah penipuan telekomunikasi dalam tempoh Januari hingga November tahun ini.

Ia melibatkan seramai 8,789 orang.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dalam satu kenyataan memaklumkan, sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 28,698 kes jenayah telekomunikasi dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kerugian mencecah RM715 juta.

Sementara itu, kumpulan umur 31 hingga 40 tahun mencatatkan jumlah mangsa kedua tertinggi iaitu seramai 6,825 orang, diikuti golongan berusia 41 hingga 50 tahun dengan 4,977 mangsa.

Individu berusia antara 51 hingga 60 tahun turut dilaporkan menjadi mangsa melibatkan 3,382 orang, manakala seramai 2,763 mangsa direkodkan dalam kalangan warga emas berusia lebih 60 tahun.

Kumpulan umur 15 hingga 20 tahun pula mencatatkan seramai 1,962 mangsa.

Situasi ini membuktikan bahawa jenayah penipuan telekomunikasi memberi kesan kepada semua lapisan umur.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang bentuk penipuan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok