Sri Aman - Pembinaan jalan pesisir baharu yang menghubungkan Kuching ke Bahagian Sri Aman dijangka memendekkan tempoh perjalanan kepada sekitar satu jam apabila siap sepenuhnya.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jalan empat lorong baharu itu bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi turut memudahkan penghantaran hasil dan produk Sri Aman ke Kuching serta memberi akses lebih luas ke pelabuhan dan lapangan terbang baharu di Tanjung Embang untuk tujuan eksport antarabangsa.
“Jalan ini menyediakan mobiliti mudah dan selesa, membuka peluang kepada penduduk Sri Aman untuk memulakan perniagaan, menjual produk ke Kuching, ke Tanjung Embang, malah ke luar negara,” ujar beliau selepas merasmikan Kompleks Islam Sarawak Sri Aman pada Sabtu, 20 Disember.
Projek tersebut bermula dari Jambatan Sejingkat ke Kota Samarahan, seterusnya ke Tanjung Embang, Sebuyau, Lingga dan disambungkan ke Gedong melalui Lebuhraya Pan Borneo, sekaligus berfungsi sebagai laluan alternatif bagi mengatasi masalah
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back