Daro - Program berkhatan beramai-ramai di seluruh Sarawak mencatat rekod baharu Malaysia Book of Records (MBOR) dengan penyertaan 1,700 peserta, melepasi sasaran asal 1,400 orang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad menjelaskan program itu bukan sahaja memenuhi tuntutan syariah tetapi juga penting untuk kesihatan dan pembentukan sahsiah kanak-kanak sejak usia muda
Beliau berkata kejayaan tersebut hasil kerjasama bersepadu Hospital Daro, Pusat Khidmat DUN Daro dan Lembaga Amanah Kebajikan Masyarakat Daro (LAKMD).
Majlis Perasmian Program Tahunan Berkhatan Beramai-Ramai Hospital Daro 2025 pada Sabtu 20 Disember melibatkan 100 peserta dan berlangsung dengan lancar di Dewan Bedah Hospital Daro, dihadiri Pengarah Hospital Dr Alhusna Dahian, pegawai perubatan, pegawai agama serta Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum.
Dr Safiee berkata, Pusat Khidmat DUN Daro akan terus menyokong program kebajikan dan kesihatan rakyat, berharap kejayaan ini menjadi contoh kepada penganjuran program komuniti berimpak tinggi di daerah lain di Sarawak.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back