• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 December 2025 | 05:54 AM

Dua Timbalan Menteri Sarawak Perkukuh Perwakilan Negari Dalam Kabinet Persekutuan

Kuching - Pelantikan dua Ahli Parlimen Sarawak sebagai Timbalan Menteri dalam rombakan Kabinet terbaru Kerajaan MADANI disifatkan sebagai langkah positif yang memperkukuh perwakilan negeri dalam pentadbiran Persekutuan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertujuan memperkukuh jentera pentadbiran negara agar lebih seimbang, mantap dan berkesan dalam menghadapi cabaran semasa.

Nanta menegaskan, peningkatan wakil Sarawak sebagai timbalan menteri dapat membantu kerajaan memahami keperluan rakyat negeri ini, sambil menyumbang kepada dasar nasional yang lebih menyeluruh.

Katanya, walaupun terdapat perbezaan latar politik di peringkat negeri, kerjasama di peringkat Persekutuan tetap dijalankan demi kepentingan nasional.

Beliau turut menekankan tanggungjawab kedua-dua timbalan menteri baharu, Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol (Belia dan Sukan) dan Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man (Pelancongan, Seni dan Budaya), adalah untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat Malaysia dengan profesionalisme, integriti dan penuh amanah.

Rombakan Kabinet Kerajaan MADANI itu melibatkan 28 menteri dan timbalan menteri, termasuk pertukaran portfolio serta lantikan baharu.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok