Kuala Lumpur - Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk mara ke pentas final Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2025 tidak kesampaian, selepas mereka tewas kepada gandingan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 21-9, 11-21, 17-21 dalam aksi separuh akhir di Hangzhou, semalam.
Walaupun tampil garang pada set pertama, gandingan negara gagal mengekalkan momentum dan akhirnya tunduk dalam pertarungan 58 minit, sekali gus tidak dapat mengulangi pencapaian naib juara pada edisi lalu.
Ee Wei tetap berpuas hati dengan pencapaian musim ini dan mengakui pengalaman mengurus mata penting menjadi pengajaran berharga, manakala Tang Jie menyasar untuk bangkit dalam kejohanan akan datang termasuk Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back