• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 December 2025 | 05:32 AM

Cabaran Pearly-Thinaah Tamat di Separuh Akhir Final Jelajah Dunia 2025

Kuala Lumpur - Hasrat pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah untuk mara ke final Final Jelajah Dunia 2025 terkubur, selepas tewas 19-21, 13-21 kepada gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dalam aksi separuh akhir di Hangzhou, semalam.

Kekalahan itu juga merupakan yang kedua berturut-turut kepada lawan sama, selepas tumbang dalam aksi terakhir Kumpulan A semalam, meskipun Pearly-Thinaah mempamerkan corak permainan bertenaga sepanjang 61 minit perlawanan.

Thinaah mengakui pertahanan mereka masih belum cukup ampuh untuk menyaingi pasangan Jepun tersebut, namun menegaskan mereka akan menilai semula prestasi dan kembali fokus menjelang Terbuka Malaysia.

Pearly turut berkongsi pandangan sama, sambil merakamkan penghargaan kepada peminat atas sokongan yang tidak putus sepanjang musim, dan menyifatkan perjalanan mereka tahun ini penuh cabaran namun sarat pengalaman berharga.

Pasangan Fukushima-Matsumoto kini menanti pemenang antara Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan atau Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China bagi aksi final.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok