• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 December 2025 | 06:07 PM

Dua Tahun Tempoh Kritikal Bagi Sarawak, Siapkan ART Menjelang 2028

KUCHING - Tempoh dua tahun akan datang adalah fasa paling kritikal bagi memastikan sistem Autonomous Rapid Transit (ART) Sarawak dapat disiapkan sepenuhnya dan mula beroperasi pada 2028.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihak pengurusan Sarawak Metro perlu membuat persiapan rapi, tersusun dan terperinci dalam tempoh tersebut bagi mencapai objektif pelaksanaan sistem pengangkutan awam berimpak tinggi itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat tapak pembinaan ART Hikmah Exchange Hub di Kuching hari ini.

Menurut beliau, Hikmah Exchange Hub merupakan stesen strategik yang akan berfungsi sebagai hab pusat ART, seumpama KL Sentral, yang menghubungkan orang ramai ke pelbagai lokasi utama di sekitar bandar Kuching.

Dengan adanya hab tersebut, beliau berkata sistem ART dijangka membolehkan pergerakan lebih lancar di bandar Kuching serta membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Datuk Patinggi Abang Johari turut menegaskan kepentingan kerjasama erat antara Sarawak Metro dan Kementerian Pengangkutan Sarawak dalam tempoh dua tahun berkenaan, termasuk penglibatan agensi lain seperti Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) bagi pembangunan bangunan di kawasan sekitar stesen.

Beliau menambah, pembangunan ART adalah selari dengan aspirasi kerajaan negeri untuk mentransformasikan Kuching sebagai bandar mesra rakyat dan bandar rendah karbon.

ART Sarawak dijangka siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada tahun 2028.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok