KUCHING: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang disyaki terlibat dalam kes khianat kabel di Jalan BDC, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan dibuat ketika suspek sedang melakukan kegiatan jenayah tersebut bersama dua lagi individu yang kini masih bebas dan sedang dikesan.
Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing ke atasnya turut didapati positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Polis kini giat mengesan dua lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan sama.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back