• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 December 2025 | 05:59 PM

Penguat Kuasa MPKS Kini Dilengkapi Kamera Badan

Kota Samarahan – Anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), kini dilengkapi dengan kamera badan untuk digunakan semasa operasi.

Pengerusi MPKS, Abang Ismawi Abang Ali berkata, inisiatif tersebut akan menjadi pemangkin kepada peningkatan integriti serta kualiti kerja anggota penguat kuasa MPKS.

Menurut beliau, ia merupakan antara ciri penting dalam pembangunan sistem penguatkuasaan pintar, khususnya ketika melaksanakan operasi di lapangan.

Katanya, langkah itu seiring dengan hala tuju inisiatif bandar pintar dan pendigitalan yang menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Sehubungan itu, inisiatif pintar dan inovasi data tersebut diharapkan dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan bandar, kualiti hidup masyarakat serta tadbir urus yang cekap dan berdaya saing.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Kamera Badan Penguat Kuasa MPKS, di bangunannya, hari ini.

#BilikBeritaCats #Catsfm #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok