• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 December 2025 | 09:12 AM

CMS Pacu Industri Simen Hijau Sarawak, Sokong Usaha Kurangkan Karbon – Premier

Padawan - Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memuji komitmen Cahya Mata Sarawak (CMS) Berhad dalam memperkenalkan teknologi simen hijau yang menyokong agenda pembangunan mampan negeri, selari usaha global mengurangkan pelepasan karbon.

Beliau berkata penggunaan sisa pemulihan sebagai sumber tenaga serta penghasilan simen mesra alam menunjukkan keberanian CMS menerapkan amalan industri lestari, sekali gus membantu mengimbangi kesan pelepasan karbon dalam sektor pembinaan.

Abang Johari berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Clinker Line 2 di Loji Bersepadu Mambong, di sini pada Khamis.

Projek Clinker Line 2 bernilai RM673 juta yang dibangunkan CMS di Loji Bersepadu Mambong dijangka meningkatkan kapasiti pengeluaran clinker kepada 1.9 juta tan metrik setahun, seterusnya mengukuhkan bekalan simen bagi memenuhi keperluan pembangunan infrastruktur dan pembinaan di Sarawak.

Premier menegaskan industri simen yang kukuh amat penting bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negeri, memandangkan sektor infrastruktur terus berkembang sebagai pemacu utama pembangunan.

Majlis pecah tanah itu turut dihadiri beberapa menteri dan pemimpin negeri serta pengurusan tertinggi CMS Berhad.

Sumber: UKAS

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok