Padawan - Sarawak akan membina jalan raya bertingkat di kawasan tanah gambut menggunakan teknologi terkini bagi menjimatkan kos penyelenggaraan jangka panjang, meskipun kos pembinaan awal lebih tinggi.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan penggunaan geotekstil sebelum ini gagal mengatasi masalah mendapan tanah sepenuhnya, menyebabkan jalan menjadi tidak rata dan memerlukan penyelenggaraan kerap.
Juester katanya, jalan bertingkat dianggap lebih berkesan untuk mengurangkan kerosakan dan kos penyelenggaraan.
“Pembinaan jalan bertingkat bukan sahaja menjimatkan kos, malah turut melindungi alam sekitar kerana tanah bakau dan gambut tidak diganggu, membolehkan kawasan ini berfungsi sebagai penyimpan karbon semula jadi dan berpotensi dalam perdagangan karbon,” jelas beliau semasa Majlis Pecah Tanah Projek Clinker Line 2 di Loji Bersepadu Mambong, Padawan, pada Khamis, 18 Disember.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back