Kuching - Sebuah bas disita oleh Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching selepas didapati beroperasi tanpa lesen atau permit sah, cukai jalan tamat tempoh, dan tiada perlindungan insurans yang sah.
Operasi harian JPJ tersebut bertujuan menguatkuasakan undang-undang jalan raya dan memastikan keselamatan pengguna.
Orang ramai, terutama pengusaha kenderaan perkhidmatan awam, dinasihatkan memastikan semua dokumen kenderaan lengkap sebelum beroperasi.
JPJ Sarawak menegaskan aktiviti penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan demi kesejahteraan semua pengguna jalan raya.
Sumber: JPJ Negeri Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back