Bangkok - Malaysia tidak akan berhenti mengejar pingat walaupun sudah melepasi sasaran 200 pingat di Sukan SEA Thailand 2025.
Chef de Mission (CDM) Nurul Huda Abdullah menegaskan kejayaan itu hasil usaha bersama atlet, pengurus pasukan, persatuan sukan, dan badan sukan utama negara.
Nurul Huda turut menghargai bekas Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, atas sokongan berterusan sepanjang tempoh beliau memimpin sukan negara.
Sementara itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, menyeru atlet menumpukan perhatian untuk menambah koleksi pingat, terutama emas.
Setakat ini, Malaysia mengumpul 204 pingat (46 emas, 49 perak, 109 gangsa), sementara Thailand kekal di tangga teratas dengan 197 emas. SEA Games ke-33 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember di Bangkok dan Chonburi.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back