• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 December 2025 | 05:47 PM

‘Kesuma Santubong’, Selami Keindahan Kisah Tempatan melalui Persembahan Moden

Kuching – Pementasan Teater Muzikal ‘Kesuma Santubong’ pada akhir bulan ini, bakal menjanjikan pengembaraan emosi yang sarat dengan keindahan seni dan budaya Sarawak yang kaya.

Pementasan oleh Persatuan Seni Kreatif Sifar Sarawak (SIFAR) itu bakal berlangsung pada 27 dan 28 Disember ini, di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, di Petra Jaya.

SIFAR dalam kenyataan medianya hari ini berkata, pementasan tersebut akan memaparkan kekayaan legenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang.

Ia sekali gus membawa penonton menyelami keindahan kisah tempatan melalui gaya persembahan moden.

Istimewanya, pementasan kali ini menjanjikan kelainan yang signifikan menerusi pengisian muzik yang lebih segar dan kreatif.

Selain mengangkat semula lagu-lagu rakyat Sarawak yang semakin ditelan zaman dan kurang dikenali, ia juga bakal memperkenalkan barisan lagu baharu hasil ciptaan anak Sarawak sendiri.

Menurut SIFAR, pementasan ini bukan sekadar hiburan, malah merupakan satu perjalanan emosi dan intelektual yang sarat dengan mesej pengajaran serta nilai teladan yang sesuai untuk penonton pelbagai peringkat usia.

Sehubungan itu, SIFAR menjemput orang ramai bagi memeriahkan lagi pementasan ini yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan kemasukan adalah percuma.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok