Debak – Pendidikan awal kanak-kanak melalui Tabika memainkan peranan besar dalam membentuk asas pendidikan sahsiah dan jati diri kanak-kanak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, ia merupakan langkah awal bagi mereka mengenal ilmu, disiplin, nilai murni dan kemahiran sosial.
Beliau menyifatkannya sebagai bekalan penting untuk masa depan mereka.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Apresiasi Kanak-kanak TABIKA KEMAS Zon Debak, hari ini.
Dalam pada itu beliau percaya, kejayaan dan kecemerlangan mereka adalah hasil kerjasama erat antara guru, ibu bapa dan komuniti setempat.
Untuk itu, beliau menyeru agar sokongan padu terhadap program-program KEMAS terus diperkukuhkan, demi memastikan kesinambungan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back