SERIAN - Seorang lelaki cedera selepas terjatuh dari kren pada ketinggian 10 kaki ketika sedang memasang papan tanda di sebuah kedai di Pekan Tapah, Jalan Kuching-Serian, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.53 pagi.
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian pinggang.
Anggota Bomba membantu mengangkat mangsa yang terjatuh seterusnya distabilkan oleh anggota EMRS.
Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Serian untuk tindakan rawatan susulan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #UMobile
Back