• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 December 2025 | 12:04 PM

Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama, Bukan Agensi Penguatkuasa Sahaja-John Ilus

SIBURAN - Keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama semua pengguna jalan raya, bukan hanya agensi penguatkuasaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus berkata, keselamatan di jalan raya perlu dilihat sebagai satu tanggungjawab kolektif yang melibatkan pemandu, penunggang motosikal dan pejalan kaki, khususnya ketika musim perayaan.

Beliau ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya sempena Krismas 2025 di Stesen Minyak Shell Siburan hari ini, turut melahirkan kebimbangan terhadap kejadian kemalangan jalan raya yang kerap berlaku, khususnya di kawasan pusingan U dan persimpangan, dengan kecuaian serta kegagalan mematuhi papan tanda jalan dikenal pasti sebagai antara faktor penyumbang.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengguna jalan raya perlu lebih peka terhadap persekitaran, menghormati papan tanda lalu lintas serta memastikan mereka berada dalam keadaan fizikal dan mental yang baik sebelum memandu.

John Ilus berharap program kesedaran sedemikian dapat memupuk rasa tanggungjawab yang lebih tinggi dalam kalangan pengguna jalan raya sekali gus menggalakkan tingkah laku yang lebih selamat ketika berada di jalan raya.

Sebanyak 50 topi keledar telah disumbangkan kepada penunggang motosikal bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesedaran, manakala 150 beg cenderahati yang mengandungi kit keselamatan jalan raya serta risalah diedarkan kepada pengguna jalan raya.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #UMobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok