• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

15 December 2025 | 09:03 AM

Piala FA: JDT Benam Sabah 5-0, Kejuaraan Keempat Berturut-turut

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan status sebagai gergasi bola sepak tanah air apabila mempertahankan kejuaraan Piala FA buat kali keempat berturut-turut, selepas membelasah Sabah FC 5-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Kemenangan bergaya itu turut menyaksikan JDT menjulang trofi Piala FA buat kali kelima sejak penjenamaan semula kelab itu pada 2013, sekali gus mengesahkan dominasi berterusan skuad Harimau Selatan dalam kancah bola sepak tempatan.

JDT mempamerkan permainan agresif sejak wisel permulaan apabila membuka tirai jaringan seawal minit kelapan menerusi tandukan Jonathan Silva yang menyudahkan sepakan percuma tepat daripada Oscar Arribas.

Tekanan berterusan pasukan selatan itu jelas menggugat benteng Sabah yang bergelut mengekang asakan bertali arus lawan.

Malang terus menimpa Sabah apabila pertahanan mereka, Rawilson Batuil, tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-20 sebelum Jairo Da Silva menambah jaringan ketiga hanya tiga minit kemudian, sekali gus meletakkan JDT selesa mendahului 3-0.

Skuad Sang Badak hampir merapatkan jurang pada minit ke-26 menerusi rembatan Ajdic Mujagic, namun jaringan tersebut dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan pemain itu berada dalam kedudukan ofsaid, menyaksikan JDT menamatkan babak pertama dengan kelebihan selesa.

Babak kedua menyaksikan keadaan Sabah bertambah sukar apabila tonggak tengah, Miguel Cifuentes, dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran, sekali gus memaksa pasukannya beraksi dengan 10 pemain.

Kelebihan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh JDT apabila Arribas sekali lagi mencatat nama selaku penjaring pada minit ke-64 untuk gol keempat pasukan.

Manuel Hidalgo kemudian melengkapkan malam gemilang Harimau Selatan dengan jaringan pada masa kecederaan, mengesahkan kemenangan mutlak 5-0.

Keputusan itu bukan sahaja mencerminkan keunggulan JDT di pentas final, malah menegaskan jurang kualiti yang semakin melebar antara juara bertahan itu dan pencabar mereka dalam saingan Piala FA.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok