LONDON - Chelsea kembali ke landasan kemenangan selepas menewaskan Everton 2-0 di Stamford Bridge, menamatkan rekod tanpa kemenangan selama empat perlawanan, dengan Cole Palmer menjaringkan gol pertamanya sejak September.
Penyerang berusia 23 tahun itu, yang masih mengalami kecederaan 'groin' sehingga terlepas lebih dua bulan, membuka jaringan pada minit ke-21 hasil hantaran tepat bek kanan Malo Gusto, yang turut menjadikan dirinya penjaring kedua menjelang tamat separuh masa pertama selepas menanduk masuk hantaran Pedro Neto.
Kemenangan tersebut memastikan Chelsea mengukuhkan kedudukan di tangga keempat Liga Perdana, manakala Everton kekal di kedudukan kelapan meskipun telah bermain satu perlawanan lebih banyak berbanding beberapa pesaing mereka.
Sumber: BBC
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back